Yuran kedai FREE sampai hujung tahun
 
HomePortalGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Malanglah pd Isteri yg suka Meleteri Suami.

Go down 
AuthorMessage
LeiLa
Peniaga
Peniaga
avatar

Number of posts : 3681
Age : 46
Location : PJ/Subang Perdana
Registration date : 2008-07-24

PostSubject: Malanglah pd Isteri yg suka Meleteri Suami.   Wed Oct 08, 2008 2:30 pm

copy dr email...

Assalamualaikum

Hukum Isteri Meleteri Suami ......

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet.....
" leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a.. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakitidan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingk an suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringandan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satupemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anakdan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kitasama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

_________________
Pilihan Pengguna Bijak

~Online Shopping~eKedai2u Beauty House~

www.ekedai2u.com ~Rajin2 klik le & vote 4 ranking. TQ
Back to top Go down
View user profile http://www.ekedai2u.com
LeiLa
Peniaga
Peniaga
avatar

Number of posts : 3681
Age : 46
Location : PJ/Subang Perdana
Registration date : 2008-07-24

PostSubject: Re: Malanglah pd Isteri yg suka Meleteri Suami.   Sat Nov 29, 2008 11:30 am

Wanita solehah dalam penyelesaian masalahnya


Salamun'alaik Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh....

Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

Masalah rumahtangga memang tidak pernah habis-habis. Lebih-lebih lagi jika suami itu seorang yang tidak bertanggungjawab, membiarkan anak isteri tanpa memberi nafkah yang mencukupi, membiarkan anak isteri sakit di rumah tanpa berusaha mendapatkan rawatan yang sepatutnya, membiarkan isteri sendirian bergelut menghadapi masalah anak-anak dan lain-lain lagi. Kalau iman lemah, tentulah si isteri akan marah-marah, malah ada yang sampai mengajak suami bertarung di dalam mahkamah. Kalaulah hal ini berlaku kepada kita, bagaimana sepatutnya seorang wanita solehah menyelesaikan masalah yang dihadapinya?

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Sebenarnya, wanita yang solehah itu ialah wanita yang sangat cerdik. Cerdiknya dia ialah kerana dia faham apa maksud Tuhan di sebalik kejadian yang menimpa dirinya itu. Cerdiknya dia ialah kerana dia lihat Akhirat yang kekal abadi itu lebih besar dari dunia yang fana ini. Cerdiknya dia ialah kerana dia memahami perkara-perkara tersirat yang tidak difahami oleh wanita biasa. Cerdiknya juga kerana dia bertindak untuk jangka masa panjang dan bukan untuk jangka masa yang sementara. Dan cerdiknya juga kerana dia tidak turut menyakiti suami yang telah "menyakiti"nya itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bukankah baik kalau hubungan di antara suami dan isteri itu dikekalkan intim?

Kalau dicari penyelesaian dengan secara merungut-rungut dan meminta-minta sehingga suami naik bosan, atau secara bergaduh-gaduh sama ada di luar atau dalam mahkamah, bukankah ini akan meretakkan lagi hubungan suami isteri itu sehingga boleh menyebabkan penceraian? Pendek kata, cara ini ialah cara penyelesaian jangka pendek yang dicari oleh wanita yang kecil jiwanya, yang tidak tahan dengan sedikit ujian demi mendapatkan hasil yang baik. Walhal, wujudnya institusi keluarga yang aman damai itu adalah asas kepada perpaduan dan pembangunan sebuah masyarakat yang aman makmur.

Apabila seorang wanita solehah dilanda masalah, dia tidak akan terus bertindak mengikut akal dan emosinya, tetapi dia akan terus merujuk kepada Tuhan dengan melakukan beberapa perkara yang utama iaitu:

1. bertaubat atas dosa
2. merintih kepada Tuhan
3. melakukan perkara-perkara yang disukai Tuhan

Bertaubat Atas Dosa

Wanita yang faham akan maksud Tuhan akan sentiasa sedar bahawa Tuhan itu tidak akan mendatangkan masalah dengan sia-sia. Setiap kesusahan yang Tuhan datangkan itu adalah untuk penghapusan dosa atau untuk menaikkan darjatnya di sisi Tuhan. Sebagai seorang hamba yang lemah, lebih baik kita merasakan bahawa kita sudah banyak melakukan dosa sehingga menyebabkan Tuhan murka. Kenang-kenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan, antaranya mungkin kita cuai dan lalai dalam sembahyang, meringan-ringankan sembahyang, mungkin juga kita telah menyakiti hati kawan atau jiran dan lain-lain. Apatah lagi kalau kita selalu mengumpat, memfitnah, mengadu domba, sombong, hasad dengki dan lain-lain. Semua itu adalah dosa yang akan menjerumuskan kita ke dalam Neraka.

Jadi, apabila kita selalu mengenang dosa-dosa ini, akan timbul rasa untuk bertaubat. Cepat-cepatlah kita bertaubat dengan penuh keinsafan dan dengan hati yang sangat takutkan kemurkaan Tuhan serta merasakan diri kita sangat berdosa dan tidak selamat dari Neraka Tuhan.

Merintih Kepada Tuhan

Selain dari bertaubat atas dosa, wanita solehah juga suka bercakap-cakap dan mengadu kepada Tuhan. Dia akan merayu-rayu dan merintih-rintih kepada Tuhan agar Tuhan membantu menyelesaikan masalahnya. Kalau didengarilah rintihan mereka ini, ia ibarat rintihan seorang kekasih kepada kekasihnya, atau rintihan seorang hamba tawanan kepada pemerintah yang sangat berkuasa. "Wahai Tuhan, Engkau Maha Berkuasa, Maha Penyayang dan Maha Penyelesai Masalah. Dan aku sangat lemah dan sangat berdosa. Memang layaklah aku Engkau timpakan masalah sebegini kerana dosa-dosaku yang terlalu banyak terhadap-Mu. Tetapi Tuhan, aku tidak sanggup menghadapi masalah ini tanpa pertolongan-Mu. Tolonglah aku Tuhan! Tolonglah aku Tuhan! Aku sangat lemah kerana memang Engkau ciptakan aku lemah. Manakala Engkau sangat berkuasa dan boleh menyelesaikannya hanya dalam sekelip mata. Tunjukkanlah aku akan kehebatan-Mu sebagai yang Maha Penyelesai Masalah", begitulah mungkin sedikit daripada kata-kata rintihan seorang wanita solehah apabila dilanda masalah. Dia akan merintih dan terus merintih di dalam hati, walaupun di waktu dia tersenyum gembira di hadapan manusia ramai.

Melakukan Perkara-perkara Yang Disukai Tuhan

Kerana begitu seriusnya dia hendak mengambil hati Tuhan agar Tuhan berkenan dengannya dan sudi menyelesaikan masalahnya, wanita yang solehah ini akan melakukan apa sahaja perkara yang disukai oleh Tuhan, selagi dia termampu.

Di sinilah logiknya mengapa seorang wanita solehah tidak akan menyakiti hati suaminya dengan meminta-minta, memarahi atau bergaduh dengan suaminya kerana dia tahu perkara itu ialah perkara yang tidak disukai oleh Tuhan. Kalau Tuhan sudah tidak suka, tentulah Tuhan tidak akan selesaikan masalahnya. Atau, kalau dapat diselesaikan pun, ia adalah penyelesaian yang Tuhan berikan dengan kebencian dan kemurkaan.

Kerana inilah, dia sanggup menekan perasaannya untuk terus melayan suaminya dengan baik, malah kalau boleh, diperelokkan lagi layanannya itu. Tujuannya bukan untuk mengampu suami, tetapi untuk menagih simpati dan kasih sayang Tuhan. Dia juga akan melakukan perkara-perkara lain seperti bersedekah, membantu orang susah, menambah amalan sunat dan lain-lain lagi. Beginilah yang akan dilakukannya terus-menerus sehinggalah Tuhan kasihan kepadanya dan sudi campur tangan untuk menyelesaikan masalahnya.

Dan apabila masalahnya itu Tuhan sendiri yang selesaikan, tentulah hasilnya selamat dan menyelamatkan. Penyelesaiannya kadang-kadang melalui jalan yang tidak disangka-sangka. Adakalanya, Tuhan berikan dorongan yang kuat (ilham) untuk dia mengambil sesuatu tindakan yang akan mendatangkan kesan yang sangat positif. Adakalanya, Tuhan datangkan seseorang yang sangat prihatin hendak membantunya. Atau mungkin tiba-tiba suatu kejadian berlaku ke atas suaminya sehingga menyebabkan sikap suaminya itu berubah. Atau kalau pun Tuhan mahu mereka berpisah kerana tahu suaminya itu tidak boleh berubah.

Dia akan berikan laluan yang mudah, tanpa perlu pergaduhan atau pertelingkahan. Paling tidak, Tuhan akan berikannya ketenangan dan ketabahan untuk menempuh masalah itu. Bukankah lebih baik mempunyai hati yang tenang walaupun dilanda masalah daripada tiada masalah tetapi hati gundah-gulana? Apabila datangnya bantuan Tuhan ini, wanita yang solehah ini akan cepat mengucapkan syukur seraya memuji-muji Tuhan.

Dia benar-benar merasakan bahawa Tuhanlah yang telah menyelesaikan masalahnya tanpa diduga. Kalaupun ada usaha-usaha lahir yang dilakukannya, dia langsung tidak merasakan yang dirinya hebat kerana pandai menyelesaikan masalah, sebaliknya rasa malu dan tidak layak kerana diberi bantuan.

Pendek kata, semakin banyak masalah yang menimpanya, semakin dekatlah dia kepada Tuhan dan semakin kuatlah imannya. Hatinya akan bertambah tenang kerana dia tidak takut menghadapi sebarang jenis masalah. Dia yakin, walau besar macam mana pun masalahnya, Tuhan boleh selesaikan. Berbeza dengan wanita yang mahu mencari penyelesaian lahiriah tanpa bergantung harap kepada Tuhan, dia akan menghadapi pelbagai kesusahan untuk menyelesaikan masalahnya itu. Sudahlah susah disakiti suami, susah pula hendak selesaikan masalah. Apabila selesai pula, datang pula masalah yang baru. Contohnya, seorang isteri yang begitu bersusah payah naik turun mahkamah untuk mendapatkan penceraian daripada suaminya. Sudahlah habis wang dan masa hanya untuk mendapatkan penceraian, bila sudah bercerai, si suami pula tidak mahu memberikan nafkah atau membawa lari anak kesayangannya. Hatinya akan terus menerus gundah-gulana dan kacau-bilau.

Hakikatnya, Tuhan tidak suka dengan dia kerana dia telah mengenepikan Tuhan. Dia lebih bergantung kepada kepandaian dan kemampuan dirinya sendiri, dan tidak bergantung kepada Tuhan untuk menyelesaikan masalahnya. Secara tidak sedar, dia sudah melakukan syirik khafi (syirik tersembunyi) kerana dia merasakan dirinya itu cukup berkuasa untuk menyelesaikan masalah. Walhal, satu kelipan mata pun tidak akan berlaku kalau bukan dengan kekuasaan Tuhan. Inilah sebenarnya wanita yang tidak pandai menyelesaikan masalah. Dia akan terus-menerus dibelenggu oleh masalah demi masalah, dengan penyelesaian yang kusut dan mengusutkan.

Terseksalah hidupnya di dunia, sebelum seksa yang lebih dahsyat di Akhirat nanti.

Waliyauzubillah.

_________________
Pilihan Pengguna Bijak

~Online Shopping~eKedai2u Beauty House~

www.ekedai2u.com ~Rajin2 klik le & vote 4 ranking. TQ
Back to top Go down
View user profile http://www.ekedai2u.com
 
Malanglah pd Isteri yg suka Meleteri Suami.
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Beli online :: Keluarga dan Kehidupan :: Keibubapaan-
Jump to: