Yuran kedai FREE sampai hujung tahun
 
HomePortalGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Info utk ibubapa dlm mendidik anak2

Go down 
AuthorMessage
yana3105
Moderator
Moderator
yana3105

Number of posts : 5289
Age : 40
Registration date : 2008-07-25

PostSubject: Info utk ibubapa dlm mendidik anak2   Thu Aug 28, 2008 9:13 am

Kemahiran keibubapaan panduan didik cahaya mata
Oleh Nazilah Mohamad

AIMAN, 3, mula melakukan pelbagai perkara yang menggugat kesabaran ibu bapanya sebaik kelahiran adiknya.
Jika dulu, ibu menegur atau memarahinya hanya dengan perkataan, nasihat dan belaian. Kini, ada kalanya teguran
secara fizikal mula diterimanya. Pada mata ibu bapa perubahan itu tidak menggambarkan berkurangnya
kasih sayang. Namun, di hati Aiman yang masih kecil, tetap memberi kesan yang tidak mudah dilupakan.
Apa yang diterima Aiman hari ini dan mungkin beberapa tahun berikutnya boleh memberi kesan besar, tanpa disedari oleh ibu bapanya. Contohnya, seorang murid saya berumur lapan tahun diketuk jarinya dengan pen kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, berkata: “Cikgu, di rumah, ayah saya pukul dengan tali pinggang.” Tentulah saya tidak akan menggunakan tali pinggang untuk membolehkannya membuat kerja. Namun, sebagai guru, saya mesti mencari cara terbaik untuk mengatasi masalah ini. Pada masa sama membantunya berdisiplin bukan melalui kekerasan.Nabi Muhammad saw mendidik seseorang pada zamannya dengan banyak mengguna dan mengutamakan pendekatan lemah lembut dan penuh dengan kasih-sayang.

Antara langkah atau tahap mengajar, sebelum memukul adalah:
• Beritahu dan sebutkan secara terus terang perkara yang dibuat itu salah.
• Tunjukkan cara yang betul.
• Memujuk dengan cara lemah lembut dan berhikmah atau kreatif.
• Menggunakan isyarat.
• Mencela keburukan perangai (bukan kekurangan diri untuk tujuan menghina dirinya).
• Memulau atau tidak mempedulikannya dalam jangka waktu tertentu.Pilihan terakhir adalah memukul atau merotan. Tindakan ini diambil selepas kaedah di atas tidak berkesan. Menghukum dengan memukul atau merotan mesti menggunakan kaedah atau cara pukul yang diizinkan dalam Islam. Antara kaedah memukul yang diizinkan oleh Islam adalah:

• Memukul atau merotan hanya dibenarkan kepada anak yang berumur 10 tahun ke atas. Sabda Rasulullah bermaksud: “Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah jika mereka enggan apabila berumur 10 tahun.” Ada tempat yang haram dipukul, umpamanya muka dan pula bahagian yang sensitif dan boleh mencederakan seseorang.

• Guru atau ibu bapa membetulkan niat memukul semata-mata untuk mendidik dan membetulkan keadaan atau sifat tercela, bukan untuk mendera atau melepaskan perasaan geram dan marah.

• Jika dalam keadaan marah dan panas, ambil langkah untuk meredakan perasaan marah dulu, dengan mengubah posisi diri. Contohnya, bagi yang sedang berdiri hendaklah duduk dulu atau yang sedang duduk perlu berdiri atau baring. Atau keluar dari bilik atau bilik darjah sebentar. Ambil wuduk, solat sunat, kemudian baru pukul dengan membaca doa dan selawat (untuk kesejahteraan anak) dan memukul dengan nama Allah. Pakar psikiatri dari Hospital Kota Bharu, Kelantan, Dr Khairi Che Mat dalam kajian fisiologi rangsangan saraf ke otak menunjukkan bahawa keputusan dan tindakan ketika marah adalah tidak rasional. Selalunya adalah sembrono dan lebih memudaratkan perasaan dan mental anak-anak.

• Jangan sekali-kali meninggalkan konsep ‘mendidik’. Pesan Rasulullah: “Hendaklah kamu mengajarkan mereka dan jangan berkeras. Sesungguhnya orang yang mengajar itu lebih baik daripada orang yang berkeras.”Dr Khairi juga menasihatkan agar ibu bapa/guru supaya memberikan maklum balas kepada setiap perbuatan anak sama ada betul atau salah.Jika perbuatan mereka betul, berikan dia ‘pengukuhan positif’ dalam bentuk pujian atau ganjaran. Jika salah, berikan ‘pengukuhan negatif’, seperti teguran atau hukuman. Jangan sampai, anak kita kata, ‘apa yang saya buat selama ini, semuanya salah’. Sebelum ini kita tidak pernah iktiraf atau memberi perakuan terhadap perbuatannya yang betul. Sebaliknya, kita hanya menegurnya jika perbuatannya salah. Jika keadaan ini (hanya menegur ketika salah laku) berterusan, anak-anak akan suka membuat perbuatan salah.Merotan walaupun cara terakhir dalam mendisiplinkan pelajar, kesan negatifnya pasti ada. Hampir semua ibu bapa akan malu, tercabar, geram atau marah apabila anak dihukum dan diperkatakan di hadapan orang lain. Ibu bapa, yang paling hampir dengan anak. Oleh itu, kitalah orang pertama yang perlu berasa bersalah. Bagaimanapun, tanggungjawab mencorak masa depan anak memang tidak terletak di tangan ibu bapa semata-mata. Pengaruh luar sama ada positif atau negatif tetap memainkan peranan besar. Ada antaranya tidak dapat ditangani, lalu memberi kesan buruk berpanjangan dalam kehidupan. Biar apapun alasannya, orang dewasa yang sebenarnya lebih banyak menentukan sama ada anak itu hanya perlu dibelai atau mesti dipukul bagi memenuhi tanggungjawab atau mendisiplinkannya.Jika diberi pilihan, pasti tiada ibu bapa normal, ingin memukul anaknya, apatah lagi membenarkan orang lain melakukannya. Faktor ‘kecerdikan emosi’ ibu bapa dan pendidik perlu diasah selalu:

• Fitrah manusia berasa perlu dilindungi dan dikasihi untuk ketenangan akal fikiran dan jiwa. Demikian juga anak-anak, mereka memerlukan keprihatinan orang dewasa dalam setiap kegiatan kehidupan. Oleh itu, ibu bapa atau guru perlu mengemas kini pengetahuan dalam mendidik dan memanfaatkan bidang ilmu terkini dalam pendidikan anak.

• Anak-anak perlukan peribadi contoh atau ‘role model’ untuk diikuti. Ibu bapa adalah peribadi terhampir dengan mereka, yang boleh menampakkan usaha, kesusahan dan pencapaian kepada anak. Pada masa sama datangkan padanya model terunggul untuk diikuti iaitu Rasulullah. Sampaikan kisah kehidupan Baginda yang telah diterima Timur dan Barat sebagai pemimpin, suami, bapa dan datuk terbaik.Bagindalah yang membentuk dan membelai cucunya, Hassan dan Hussin hingga terpahat menjadi teladan, sesuai dengan sabda Baginda bermaksud: “Hendaklah engkau berlaku lemah-lembut dan jauhkanlah daripada berkasar dan berkeras (perkataan dan perbuatan).”

• Menghormati keperluan, kehendak dan perasaan anak adalah satu tanggungjawab. Namun, setiap kita mesti tahu membezakan antara keperluan dengan kehendak. Keperluan mesti dipenuhi, namun kehendak tiada batasnya kerana ‘kehendak’ lebih berasaskan kepada nafsu. Kehendak dan kerenah perlu diubah suai supaya boleh menjadi bimbingan.

• Ibu bapa hendaklah menerima anak-anak seadanya tanpa syarat, dengan segala kebaikan dan keburukannya, kebolehan dan kekurangannya. Ibu bapa juga mesti belajar menerima dan mengiktiraf perasaan dan pandangan anak walaupun ia bercanggah dengan pandangan mereka.Jangan sekali terlalai untuk memberi pujian dan menghargai perlakuan baik anak kerana itu akan menjadi insentif nombor satu dan ingatan bermakna, meskipun tanpa hadiah yang dinilai dengan wang ringgit.

• Pasti ada kalanya anak melakukan kesilapan. Ambillah kesilapan sebagai pengajaran dan permulaan menuju kejayaan. Sentiasa ingatkan diri bahawa Islam tidak menggalakkan kekerasan. Dalam mendidik atau menasihati anak, ibu bapa disuruh menggunakan cara yang lembut dan ringan terlebih dulu dan beransur-ansur bertukar kepada yang lebih berat sekiranya tiada perubahan. Perlu diingat bahawa ibu bapa adalah orang yang paling tahan ujian, sabar dan bertawakal kepada Allah ketika mendidik, apatah apabila mengalami kegagalan dalam membentuk anak yang diharap-harapkan.

• Memahami perkembangan emosi anak. Anak-anak menunjukkan pelbagai ragam yang sebahagiannya menggugat kesabaran. Emosi negatif anak mesti ditangani dan dibelai dengan ilmu. Usaha berterusan perlu untuk menjauhkan mereka daripada terus terbawa-bawa tingkah laku demikian hingga besar dan mempengaruhi sikap mereka. Kepincangan dalam perkembangan emosi boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan, terutama dari segi mental.Apabila mental mereka terjejas, punahlah harapan ibu bapa untuk menatang anak cergas yang berjaya.

• PENULIS ialah guru dan boleh dihubungi pada wanitajim0@yahoo.com dan sebarang jawapan permasalahan boleh layari wanitajimceria.blogspot.com
Back to top Go down
View user profile http://cdyana2001-cooking.blogspot.com
yana3105
Moderator
Moderator
yana3105

Number of posts : 5289
Age : 40
Registration date : 2008-07-25

PostSubject: Re: Info utk ibubapa dlm mendidik anak2   Thu Aug 28, 2008 2:31 pm

EQ, IQ perlu seimbang
Oleh Halina Mohd Noor

SAMA ada secara sedar atau tidak, hari ini ibu bapa terlalu menekankan pencapaian akademik berbanding kecerdasan emosi dan mental (EQ) anak-anak. Markah tinggi dan kedudukan nombor teratas di dalam kelas menjadi kebanggaan ibu bapa. Nombor corot pula dianggap bodoh dan tidak mempunyai masa depan.

Sayang sekali ramai ibu bapa tidak sedar atau tidak ingin tahu bahawa kecerdasan otak (IQ) bukan penjamin untuk membesarkan seorang anak sebagai insan luhur. Kebijaksanaan hati atau EQ jarang diambil kira sedangkan ia lebih penting untuk seseorang berjaya dalam apa juga bidang diceburi dan lebih stabil dari segi pemikiran serta tidak terlalu emosional dalam sebarang keadaan.

Kegagalan memupuk kebijaksanaan hati atau EQ terbukti apabila semakin ramai remaja mudah terpengaruh dan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral. Tidak kurang mereka yang berpendidikan tinggi tetapi terbabit dengan jenayah seperti pembunuhan, rogol, penagihan dadah dan sebagainya. Dalam bidang pekerjaan dan sosial pula, mereka tidak pandai mengawal emosi apabila berurusan dengan orang lain, tidak dapat mengawal masalah yang dihadapi, gagal mempamer sikap terpuji dan kurang berbudi bahasa.

Perunding Psikologi Kanak-Kanak, Pusat Psikologi Malaysia untuk Kanak-Kanak dan Remaja, K Vijayan berkata, tidak semua yang berkualiti berkaitan dengan IQ tetapi bagaimana seseorang itu dapat menggunakan boleh menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan dan individu lain.

“Kajian demi kajian menunjukkan kanak-kanak yang berkemahiran EQ lebih gembira, yakin dan lebih berjaya di sekolah. Kemahiran EQ juga membantu kanak-kanak membesar dengan penuh rasa tanggung jawab, penyayang dan produktif. Bagaimanapun hari ini EQ semakin menurun manakala IQ lebih dipentingkan. Kita tidak mahu generasi masa depan seperti masyarakat di barat yang semakin hilai nilai diri akibat terlalu mementingkan IQ. IQ tinggi tetapi EQ yang rendah hanya akan mewujudkan insan yang tidak sempurna dan lebih bermasalah,” katanya.

Katanya EQ adalah cara baru yang harus digunakan untuk mendidik anak. EQ bukan pengukur berapa cerdik seorang kanak-kanak tetapi EQ adalah karektor personaliti atau watak. Kajian demi kajian menunjukkan kemahiran sosial dan emosi mungkin lebih kritikal berbanding pencapaian intelektual untuk berjaya dalam hidup.

“Tidak seperti IQ, EQ tidak boleh diajar tetapi boleh dibentuk. Ia bukan bakat, pencapaian atau personaliti hebat. EQ tidak boleh menggantikan IQ, bukan berkaitan agama atau budaya dan bukan gender. Tidak dinafikan dalam sesetengah hal, wanita memiliki EQ lebih tinggi berbanding lelaki.

“EQ rendah mungkin berpunca dari cara hidup apabila semakin ramai kanak-kanak membesar sendirian di rumah. Mereka di kunci di dalam rumah sehingga terdapat satu kes anak mati terbakar dalam rumah yang terbakar kerana tidak dapat melarikan diri. Dulu ada datuk dan nenek yang membantu menjaga mereka ketika ibu bapa keluar bekerja tetapi hari ini mereka perlu berdikari. Semua ini tanpa disedari menekan jiwa kanak-kanak dan membentuk insan yang tidak stabil dari segi emosi yang menghasilkan sikap ganas,” katanya.

Katanya, ibu bapa berperanan penting membentuk EQ. Ibu bapa yang bersikap terbuka, penyayang, sentiasa memberikan sokongan dan memiliki perhubungan positif dengan anak-anak boleh menjadi faktor kejayaan anak dan sifat kemanusiaannya.

“EQ terbahagi kepada emosi dari segi moral iaitu bersikap mengambil berat dan penyayang. Sikap ini menyebabkan mereka boleh memahami perasaan orang lain dan kerana sikapnya itu, dia diterima oleh orang lain juga. Semua sikap ini penting sebagai persediaan untuk anak keluar bekerja dan lebih penting apabila mendirikan rumah tangga,” katanya.

Dalam mendidik sikap ini, kanak-kanak belajar berdasarkan pengalaman berbanding mendengar leteran atau syarahan. Bahasa dan logik penting untuk mendidik nilai ini, bagaimanapun perasaan maruah diri dan sikap menyayangi dan membantu orang lain adalah guru terbaik dalam membentuk peribadi anak.

“Jadikan diri anda sebagai ibu bapa sebagai contoh terbaik untuk anak. Misalnya tolong membukakan pintu untuk orang yang membawa barang yang banyak. Galakkan mereka menulis di dalam diari mengenai apa yang mereka lakukan agar mereka merasa diri mereka baik dan berguna. Anak juga perlu diajar agar lebih jujur sewaktu mereka masih kecil. Jadikan topik jujur dan etika dalam perbualan sejak dari kecil dan membaca buku, video atau permainan yang boleh menerap kualiti ini,” katanya.

Bagi menerap nilai kejujuran, elakkan hukuman apabila anak menipu. Pastikan kejujuran dilakukan kerana rasa hormat. Secara normal, berbanding kanak-kanak lebih dewasa (5 hingga 12 tahun) kanak-kanak berusia empat tahun tidak memahami makna menipu dan tidak sepatutnya mereka dihukum kerana melakukannya.

EQ turut merangkumi kemahiran berfikir yang boleh dibentuk dengan membaca buku cerita. Jangan sembunyikan kebenaran daripada anak-anak walaupun ia menyakitkan kerana anak belajar daripada anda mengenai pemikiran realistik.

“Kemahiran berfikir termasuk bersikap optimis bagi mengelak tekanan dan lain-lain kesihatan mental dan masalah fizikal. Optimis datang daripada pemikiran realistik serta peluang berjumpa dan menguasai cabaran. Kanak-kanak belajar lebih bersedia melalui pemerhatian pertuturan dan tindakan ibu bapa. Sikap kanak-kanak boleh diubah melalui cara mereka berfikir. Ajar anak untuk mengatasi masalah melalui proses ulangan untuk memastikan mereka menguasai teknik untuk tampil lebih ceria,” katanya.

Teknik penyelesaian masalah boleh dilatih dengan mencabar anak menyelesaikan masalah mereka sendiri berbanding meminta bantuan anda. Tunjukkan cara bagaimana anda menyelesaikan masalah anda sendiri. Pada usia empat tahun, anda boleh mengajar anak bahasa untuk menyelesaikan masalah bermula dengan permainan perkataan mudah yang akan secara langsung mengajar mereka menyelesaikan sesuatu situasi.

“Sebaik saja kanak-kanak ke sekolah, mereka akan belajar bagaimana menyelesaikan pelbagai situasi. Apabila usia mencecah lapan atau sembilan tahun, mereka mempunyai kapasiti untuk membezakan antara benar dan tidak serta pilihan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Fokuskan jalan penyelesaian berbanding masalah yang dihadapi untuk memudahkan kanak-kanak mengatasi sebarang halangan. Sediakan satu cara kerja untuk anak menyelesaikan sesuatu masalah tetapi jangan campur tangan,” katanya.

Kemahiran bersosial termasuk kemahiran perbualan. Kemahiran berbual tidak sama dengan bercakap.

Kemahiran sosial boleh diajar bagi membantu kanak-kanak menyertai rakan lain secara individu dan kumpulan. Faktor humor adalah kemahiran sosial yang paling penting. Semua kanak-kanak menghargai humor untuk menjadikan mereka mudah berkawan dan memiliki sahabat.

“Anda perlu melatih anak menghadapi kegagalan dan menghargai usaha yang dilakukannya. Paling penting ialah mendidik anak mengawal rasa marah dan keganasan dengan mengajar mereka kemahiran bertimbang rasa. Komputer boleh membantu pelbagai kemahiran EQ melalui rangsangan emosi dan bahagian pemikiran pada otak. Tetapi ibu bapa perlu mengawal dan membantu anak apabila mereka menggunakan internet bagi mengelak masalah tidak diingini,” katanya.
Back to top Go down
View user profile http://cdyana2001-cooking.blogspot.com
yana3105
Moderator
Moderator
yana3105

Number of posts : 5289
Age : 40
Registration date : 2008-07-25

PostSubject: Re: Info utk ibubapa dlm mendidik anak2   Thu Aug 28, 2008 2:33 pm

Rasulullah pupuk kasih sayang, tidak rotan anak

Wadah Wanita Islam:
Rasulullah pupuk kasih sayang, tidak rotan anak

SEORANG pembaca yang juga bapa bertanya mengenai penggunaan rotan dalam mendidik anak iaitu pada usia berapakah beliau boleh berbuat demikian?

Apabila membicarakan soal merotan anak, kita tidak harus melupakan hak mereka dalam Islam.

Dalam Islam, kanak-kanak mempunyai lima hak asasi yang dipanggil (dharuriyatu khamsin). Ia mesti dipelihara seperti hak asasi semua manusia.

Hak itu ialah pemeliharaan hak beragama (hifdzud dien), jiwa (nafs), akal (aql), harta (mal) dan pemeliharaan keturunan atau nasab (nasl) serta kehormatan ('ird).

Keluarga Islam mempunyai tugas berat dalam membangunkan, memelihara dan mempertahankan hak anak sebagai generasi masa depan.

Jika lalai dan leka, kita akan mengalami kenyataan pahit generasi yang hilang¡ Ia bermakna bukan hilang bilangan atau kuantiti, tetapi generasi Muslim yang hilang identiti dan keimanan.

Generasi ini bakal menjadi kerbau yang dicucuk hidung oleh kuasa yang memusuhi Islam.

Mungkin secara lahiriah mereka kelihatan cerdas, bersih, tegap dan kuat, tetapi jiwa mereka kosong iman dan Izzah Islam.

Berbalik kepada isu merotan, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka di tempat tidur.

Ulama berpendapat daripada hadis itu, Islam menyuruh ibu bapa mengajar anak membiasakan diri dengan ibadat sama ada sembahyang, berpuasa dan bersedekah sejak kecil.

Hikmahnya supaya anak dapat mengenali hukum hakam dalam beribadat sejak kecil, menanamkan rasa kecintaan kepada Allah, mensyukuri segala nikmat Allah, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal, akhlak dan perbuatan serta perkataannya.

Saidina Ali juga berpesan supaya kita mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya: pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu.

Pesannya bermaksud kita harus bermesra, bermain dan bergurau dengan anak ketika kecil hingga berusia tujuh tahun.

Apabila anak tiba usia ke sekolah iaitu tujuh hingga 14 tahun, didik dan disiplinkan mereka, serta ajar tatacara beribadah dengan betul, di samping menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan guru.

Selepas anak memasuki umur remaja 14 hingga 21 tahun, kita perlu menjadi kawan kepadanya supaya dia dapat merujuk masalah dan mengadu kepada ibu bapa jika menghadapi masalah.

Jika ibu bapa tidak menjadi sahabat kepada remaja, dikhuatiri kawannya yang liar atau tidak berdisiplin menjadi penasihat kepadanya. Pada waktu itu, agak terlambat untuk berbaik dengan anak atau menasihatinya.

Berbalik kepada hadis di atas, jika perlu merotan anak, ibu bapa boleh berbuat demikian selepas anak berumur 10 tahun.

Mengapa pada umur 10 tahun?

Pakar psikologi berpendapat anak yang berumur prabaligh (sekitar 10 hingga 12 tahun) boleh memahami kesan hukuman yang dikenakan dan sebab perbuatan itu tidak dibenarkan atau boleh dilakukan.

Anak yang kecil tidak faham jika dia didenda atas kesalahannya.

Justeru, jika anak kecil didenda, dia mungkin mengulangi perbuatannya itu tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Dia tidak melakukan perbuatan itu jika ibu bapa ada atau jika dia mendapat ganjaran dengan tidak melakukan perbuatan itu.

Contohnya, kalau dia tidak memukul adik, ibu akan memberinya coklat tetapi jika ibu tiada atau tidak memberinya coklat, dia akan memukul adiknya semula.

Ada pelbagai hukuman boleh dikenakan sebagai denda kepada anak. Antaranya menarik balik keistimewaan tertentu seperti tidak boleh menonton televisyen jika mereka tidak siap kerja sekolah.

Hukuman yang menyebabkan kesakitan fizikal seperti rotan sepatutnya dilakukan sebagai jalan terakhir selepas segala usaha dijalankan.

Hukuman yang menyebabkan kesakitan akan meninggalkan kesan mendalam kepada perkembangan emosi anak.

Jangan menghukum anak dengan hukuman yang memalukan mereka seperti memarahinya di hadapan kawan (terutama remaja). Ini menyebabkan anak kecewa dan berasa rendah diri.

Jika anak harus dirotan, ibu bapa sewajarnya memberitahu apakah kesalahannya yang menyebabkan dia dirotan.

Amaran awal harus diberi iaitu jika peraturan tertentu dilanggar, anak boleh dirotan.

Berikan peluang kepada anak terlebih dulu seperti amaran kedua sekiranya anak masih melanggar peraturan itu. Jika peraturan itu masih tidak dipatuhi buat kali kedua atau ketiga, baru anak boleh dirotan.

Paling penting ialah perbetulkan niat kita sebelum melakukan apa-apa dan minta ampun serta petunjuk daripada Allah.

Jangan merotan anak untuk menyakiti mereka tetapi rotan mereka dengan tujuan mendidik. Jangan pukul mereka di muka. Cukup dengan merotan mereka pada punggung yang kesan kesakitan kurang dirasakan.

Memadailah dengan satu hayunan rotan saja untuk menyedarkan anak dan katakan bahawa tujuan ibu bapa merotan kerana menyayangi mereka.

Jangan rotan anak di hadapan anak yang lain kerana ini akan memalukannya.

Bagaimanapun, tidak adil untuk kita menghukum anak jika ibu bapa tidak berusaha untuk mendidik mereka dan tidak menerangkan setiap perkara yang harus menjadi panduan serta tidak mendisiplinkan mereka dari kecil.

Menasihati anak perlu dilakukan secara berterusan, di samping memantau perkembangan pelajaran, kesihatan dan pergaulan sosial.
Back to top Go down
View user profile http://cdyana2001-cooking.blogspot.com
yana3105
Moderator
Moderator
yana3105

Number of posts : 5289
Age : 40
Registration date : 2008-07-25

PostSubject: Re: Info utk ibubapa dlm mendidik anak2   Fri Aug 29, 2008 9:17 am

Fungsi otak terjejas jika tidur bayi kerap terganggu

IBU bapa muda hilang antara 400 hingga 750 jam waktu tidur ketika anak berusia setahun ke bawah, tetapi apabila semakin membesar, pola tidur mereka lebih stabil.

Biasanya, semua bayi yang baru dilahirkan sering terjaga daripada tidur pada waktu malam. Ia sesuatu yang normal, tetapi menjelang usianya enam bulan, ada bayi yang boleh tidur lena sepanjang malam tetapi ada yang terjaga dan perlu ditidurkan semula.

Tidur bagi bayi adalah sebahagian penting dalam proses tumbesarannya. Tidur waktu malam sangat penting kepada bayi kerana mereka akan lebih riang dan tenang pada waktu pagi.

Jika terganggu walaupun sekejap atau secara berterusan dan bertambah pada setiap malam mungkin boleh menjejaskan fungsi otak. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan persekitaran tidur yang kondusif supaya bayi mendapat kualiti tidur yang diperlukan.

Begitupun keperluan tidur antara seorang bayi dengan yang lain tidak sama. Panduan di bawah adalah secara umum keperluan tidur seseorang bayi dan jika mereka tidak dapat tidur secukupnya, anda dinasihatkan mendapatkan pandangan pakar.

Tidur bayi baru lahir hingga berusia tiga bulan.

Bayi dalam lingkungan usia ini memerlukan tidur antara 16 hingga 20 jam sehari dalam jangka masa antara satu setengah jam hingga lima atau enam jam setiap kali pada siang hari. Ketika ini, waktu makan dan tidurnya akan bersilang. Ada bayi yang tidur sepanjang malam apabila mereka berusia empat atau enam minggu tetapi itu bukan kebiasaannya.


Tiga hingga enam bulan.


Daripada usia tiga hingga 12 bulan ke atas, bayi akan tidur antara 14 hingga 15 jam secara keseluruhannya. Mereka cenderung untuk tidur antara enam hingga lapan jam pada waktu malam dan akan terjaga sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh waktu itu dan perlu ditenangkan, disusui sebelum dia tidur kembali.

Bayi akan tidur sekejap (nap) antara sejam hingga dua jam pada waktu pagi, tengah hari dan petang.

Enam hingga 12 bulan.

Kanak-kanak dalam usia ini selalunya tidur sekejap, iaitu dua kali dalam tempoh tiga hingga empat jam dan akan tidur untuk 11 jam pada waktu malam. Jika mereka tidur selama 12 jam pada waktu malam, adalah mencukupi mereka tidur sekejap untuk sejam ketika waktu pagi dan petang.

Satu hingga tiga tahun.

Selalunya mereka tidak lagi tidur sekejap pada waktu pagi. Waktu petang pula mereka juga akan tidur sekejap dan selalunya bertahan untuk tiga jam saja. Jumlah masa tidur mereka yang diperlukan ialah antara 10 hingga 13 jam tetapi faktor lain selalunya mengganggu kualiti masa tidur mereka seperti menggigau atau sakit gigi.

Tiga hingga 12 tahun

Pada usia ini tidur sekejap jarang dilakukan dan jangka masa tidur pada waktu malam juga menurun sehingga 12 jam untuk kanak-kanak pra sekolah manakala 10 jam untuk kanak-kanak pra remaja.
Back to top Go down
View user profile http://cdyana2001-cooking.blogspot.com
yana3105
Moderator
Moderator
yana3105

Number of posts : 5289
Age : 40
Registration date : 2008-07-25

PostSubject: Anak Nakal, Anak Hyper   Wed Nov 12, 2008 3:41 pm

Anak Nakal, Anak Hyper

Nakal dikalangan kanak-kanak bukan semuanya negatif. Dan sebaliknya kalau kanak-kanak bersifat pendiam dan tidak nakal maka ianya bukan semua petanda positif. Oleh itu jangan terlalu risau kalau kanak-kanak nakal sekiranya berusia dibawah tujuh tahun. Ini kerana kenakalan kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun itu adalah tanda cerdik. Kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun, nafsu negatifnya masih terpendam. Kenakalan itu adalah kerana akalnya yang aktif bukan fizikalnya.

Namun demikin apa yang perlu difahami dan di beri perhatian ialah apakah kenakalan kanak-kanak itu bernatijah baik atau buruk. Maksudnya kalau nakalnya sekadar terlalu aktif, tidak mahu duduk diam, suka bermain, banyak bertanya, banyak bercakap termasuk bercakap sendirian, banyak benda yang dia mahu, suka menconteng kertas, banyak benda yang dia usik, ini adalah lumrah kepada kanak-kanak yang cerdik. Bahkan kadang-kadang suka memanjat atau melompat dan jatuh hingga kesakitan. Namun kalau ada sedikit akibat buruk hanyalah kepada diri sendiri. Tidak kepada benda atau orang lain. Ini yang dimaksudkan nakal bernatijah baik.

Kanak-kanak begini lazimnya akan menjadi hiburan kepada keluarga. Biarkan saja, hanya perlu dikawal agar tidak melampau sehingga bertukar menjadi nakal buruk. Jangan disekat dan dihalang tetapi salurkan kepada berbagai aktiviti. Rajin-rajinlah melayaninya termasuk melayaninya bercakap dan menjawab soalan. Rajin-rajinlah membawa keluar seperti pergi zoo, taman reakrasi, pantai dan seumpamanya. Melalui cara ini akan mempercepatkan lagi perkembangan akalnya, semakin cepat mematangkan akalnya. Juga dia akan rasa terisi akalnya yang cerdik itu.

Kenakalan buruk pula dibezakan pada natijah atau akibat. Aktifnya sama seperti diatas tetapi banyak membawa kerosakan kepada harta benda atau kepada orang lain. Contohnya memecahkan gelas minuman, memecahkan cermin almari, merosakan barang-barang permainanya sendiri. Memukul adiknya sendiri. Kalau dibawa ke Pasaraya umpamanya, barang-barang di rak akan dijatuhkan. Menyepak anak kucing, mencakar muka orang lain, suka melempar atau membaling benda kepada orang lain, suka mendesak untuk kemahuan dirinya dan kalau tidak dilayan akan menangis meraung. Menconteng dinding, menggores kereta, mematahkan pokok bunga.

Biarpun saya katakan bahawa nafsunya masih terpendam, perlu juga diingat bahawa benih telah sedia ada.
Nakal bernatijah memusnahkan atau merosakan ini tidak boleh dibiarkan, kerana ianya akan menjadi tabiat yang sukar dibuang. Sebab itu dalam Islam akhlak mesti dibimbing semenjak awal usia. Yakni akhlak baik mesti dibiasakan hingga akhirnya menjadi pakaian yang sukar ditanggalkan. Atau menjadi darah daging yang sudah sebati dengan dirinya. Nakal jahat atau nakal buruk ini mesti dihadapi dengan sabar, kasih sayang, lemah lembut, lunak dan mesra. Hingga akhirnya layanan yang kita berikan itu menjadi ikutan kepada kanak-kanak.

Semua ahli psikoloji bersetuju bahawa bagaimana cara dan pendekatan orang dewasa kepada kanak-kanak maka begitulah perangai dan tabiat yang menjadi ikutan mereka. Kalau cara dan pendekatan dalam menangani kanak-kanak nakal dengan marah, kasar, keras, tengking, herdik, sergah, maka perangai itulah yang mereka akan warisi. Mungkin pada satu peringkat lantaran ketakutan maka mereka pendamkan saja. Namun bila diperingkat mereka berpeluang nascaya akan teserlah dan menonjol perangai kasar dan bengisnya.

Mengenai anak hyper, sama saja maksudnya iaitu nakal atau terlalu aktif kalau anak itu berusia bawah tujuh tahun. Kalau usia anak itu lebih tujuh tahun, maka maksud hyper itu adalah negatif atau terlampau nakal, jahat dan ganas. Biasanya jahat dan ganas itu bukan terjadi secara mendadak. Melainkan ianya bermula semenjak dibawah tujuh tahun. Berpunca daripada para pendidik khususnya ibu bapa tidak tahu membezakan antara dua jenis nakal seperti huraian diatas. Hyper negatif ini sudah terbiar semenjak kanak-kanak itu berusia tiga tahun. Tabiat jahat itu hanyalah pembawaan atau lajakan dari usia sebelum tujuh tahun. Kaedah menghadapi atau pendekatan yang perlu dibuat adalah sama seperti kanak-kanak nakal jahat diatas. Cuma di peringkat ini sudah boleh di fahamkan melalui ilmu yang tepat mengenai akhlak mulia. Sudah boleh difahamkan mengapa perlu meninggalkan akhlak buruk dan difahamkan kelebihan berakhlak baik.
Back to top Go down
View user profile http://cdyana2001-cooking.blogspot.com
LeiLa
Peniaga
Peniaga
LeiLa

Number of posts : 3681
Age : 47
Location : PJ/Subang Perdana
Registration date : 2008-07-24

PostSubject: Re: Info utk ibubapa dlm mendidik anak2   Fri Jan 30, 2009 2:34 pm


Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!



--------------------------------------------------------------------------------

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital

disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis

ini, iaitu engapa Yahudi Bijak? . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan

berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat

ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di

dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata,

perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.


Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari

untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah

manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat

sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan

ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang

setepat mungkin.


Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan

awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan

dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah

mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang

ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku

metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan

kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya

kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya

memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya

bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, a, ini untuk

anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia

menjadi genius apabila dewasa kelak Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut

perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh

beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.


Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung

beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah

hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul

dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik

untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang

dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi

semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara

pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan

ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak

akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak

elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum

memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda

akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan

kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita

merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.


Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan

sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah

mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan

menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat

pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (

bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami

bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik

pengeluar rokok terbesar adalah tekalah sendiri..!)


Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi

cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan

menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi

sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris

dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu

kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat

meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk

otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan

perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi

saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan

boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di

tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi

mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut

teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara

disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid

ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala

projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti

dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan

dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.


Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat

mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun

diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan

memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap

kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan,

dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka

tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta

design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu

caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat

mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di

Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau

menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai

adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran

mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!


Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg

berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea

yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari

jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan

mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola,

DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai

ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari

fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan

digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah

saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor

pakar.


Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh

dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi

mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu

melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik

klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg

baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak

kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak

mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi,

seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.


Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan

mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat

memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk

perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan

perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan

menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi

pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi

pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah

pulau sebesar Manhattan!!


Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah

menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta,

dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung

anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan

hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti

terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah

mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar

sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di

pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah

sendiri.


Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi

itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu

politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan

jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan

ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya

kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya,

ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi,

pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh.

Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia

untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

_________________
Pilihan Pengguna Bijak

~Online Shopping~eKedai2u Beauty House~

www.ekedai2u.com ~Rajin2 klik le & vote 4 ranking. TQ
Back to top Go down
View user profile http://www.ekedai2u.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Info utk ibubapa dlm mendidik anak2   

Back to top Go down
 
Info utk ibubapa dlm mendidik anak2
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Hover Profile Image In Topics To Show Info Help
» info@help.com?
» Contact info Welcome Letter
» I Want solved & info & warning buttons in sceditor
» Posting Info

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Beli online :: Keluarga dan Kehidupan :: Keibubapaan-
Jump to: